Mengenai Portal Pembayaran Atas Talian DBKL

Portal Pembayaran Atas Talian DBKL merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada pengguna untuk membuat pembayaran bil atau tanpa bil secara online.

Pada masa ini, bayaran secara online hanya boleh dibuat untuk pembayaran kompaun bagi Kuala Lumpur. Namun demikian, jenis pembayaran bil akan di tambah pada masa akan datang.

Portal Pembayaran Atas Talian DBKL menyediakan kemudahan bayaran secara online melalui kemudahan MEPS FPX dan juga melalui kad kredit (VISA / MASTERCARD). Bayaran menggunakan MEPS FPX boleh dilakukan sekiranya anda adalah pemegang akaun perbankan elektronik di bank yang berdaftar di bawah MEPS FPX iaitu Hong Leong Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Maybank, CIMB Bank Berhad, Public Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.